ADAB DAN PANTANG LARANG MASUK KE HUTAN

Salam

Ekoran kes KEHILANGAN 7 PELAJAR ORANG ASLI DI POS TOHOI, Mommy terpanggil untuk mencari DOA, PETUA atau ADAB DAN PANTANG LARANG MASUK KE HUTAN. Nak masuk tempat- tempat macam tu mesti ada adab dan pantang larangnya. Jangan main terjah aje, Islam pun ajar berdoa dalam buat apa2 pun. Lagi satu, yang paling Mommy ingat ialah JANGAN CAKAP BESAR, JANGAN SELAMBER ROCK BUAT APA YANG KITA SUKA.

ADAB/PANTANG LARANG DIHUTAN
(Sumber)

Bersiul di dalam hutan

  • Dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.
  • Bersiul adalah perbuatan yg ditegah didalam Islam sebab Sewaktu Iblis turun kebumi, dia bersiul-siul sambil mencari anak-anak Adam utk disesatkan. Maka Kesimpulannya Bersiul tu Amalan Iblis
Melaung Semasa di Hutan
  • Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.
  • Mentera & jampi serapah menjurus kepada syirik. Amalan ni patut ditinggalkan. Penggunaan telur & kemenyan biasanya dikaitkan dengan jin.i.
Tangkal
  • Penggunaan tangkal sering dilakukan bagi mejaga diri. Adat masyarakat melayu mengguna tangkal sebagai pelindung selain dari Yang Maha Melindungi dijatuhkan hukum syirik.
Bahaya penggunaan tangkal 
  • Tangkal dari unsur haiwan
    • Bagi tangkal yg diperbuat dari unsur haiwan, mengundang bahaya dari haiwan lain juga. Misalnya; tangkal dari kuku bapa rimau. Bau rimau tersebut dikatakan degeruni oleh rimau2 lain namun mungkin ada bapa rimau lain yg cuba mendekati bau ni sebagai pencabar kekuatan.
  • Tangkal dari unsur jin
    • Jin akan menjaga tuannya namun jin sesama jin adakalanya akan berlawan dan akibatnya pada manusia.
Azimat
  • Guna ayat2 al-Quran & doa sebagai pendinding dan pemagar.
Seru haiwan
  • Elakkan dari menyeru nama2 haiwan dengan perasaan riak/mempersenda2 haiwan tersebut. Ingat Ujian Illahi.
Seru Jin
  • Elakkan dari seru nama2 jin, jembalang, qarin & seumpamanya.
Laung Nama sahabat
  • Seeloknya elakkan dari laung nama sahabat, sebab ada jin / hantu syaitan yang suka mengajuk dan akan menyeru nama tersebut. Ini boleh mengelirukan kita.
Adab membuang air
  • Kenalpasti lokasi bukanlah rumah/tempat jin/syaitan bertenggek.
  • Jin suka tinggal di semak-samun, lubang2 pokok/tanah, pokok yang besar, gua2.
  • Beri salam sebelum membuang air, jangan pancut arah banir pokok besar sebaliknya pancut arah bertentangan.
  • Jangan kencing mengadap kiblat
Doa Masuk Hutan
  • Bismillah..”Tidak akan rosak dan musnah diriku diatas sebarang PERBUATAN MAKHLUK melainkan diizinkan ALLAH taala”
Kredit DOA Sumber 2

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Leave a Reply

CommentLuv badge