KENALI MASALAH KULIT ANAK ANDA..RUAM/ALERGI/EKZEMA

RUAM, EKZEMA atau ALERGI?

Perkara ini Mommy bentangkan di sini lepas Mommy borak2 dengan bos Mommy. Dia tnya khabar HD, Mommy pn tnya la khabar anak dia. Still dengan ekzema sampai tahap luka. Luka plak, ada yang terkoyak. Ciannya. Suffer dari kecik. Now, dah 9 tahun anaknya. So, Mommy ada tnya dia, wktu preggy, ada minum soya x? Dia cakap ada. Ya la. What to do kn? Kejadian dah lepas. Nak patah balik pon x boley. Mommy dlu mmg x mnum sgt soya. Sbbnya, takut dgn efek alergi..
Mula2, mari kita kaji kulit anak kita. Ini antara beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.

RUAM

Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat 3 jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.

1.Ruam panas

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.
Rawatan: Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2.Ruam lampin

Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.
Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3.Ruam susu

Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.
Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.

ALERGI

Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).
Rawatan: Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.

EKZEMA

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.
Rawatan: Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.
Mari kita hurai tentang Ekzema
Ekzema adalah kegatalan di bahagian kulit yang disertai dengan kesan atau tompokan merah dan bersisik yang disebabkan oleh alahan. Ekzema biasa dialami di bahagian muka dan lipatan kulit seperti di bahagian dalam siku dan belakang lutut dan boleh tersebar ke bahagian kulit lain.
Ekzema mula dikesan seawal usia bayi 3 bulan hingga 2 tahun, kemudian bertambah baik apabila kanak-kanak membesar. Setengah daripada kanak-kanak yang menghidap ekzema tidak lagi mengalami ekzema bila meningkat usia 6 tahun dan hampir keseluruhannya bebas ekzema apabila mencapai usia baligh.
Anak anda mungkin mengalami ekzema jika ada orang lain dalam keluarga mengalami alahan seperti ekzema, asma dan alergi.

Penyebab ekzema?

  • Keturunan
  • Alahan
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
    • Infeksi virus.
    • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
    • Lain lain jangkitan.
    • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
Tanda tanda dan gejala-gejala ekzema? 
Ekzema kelihatan seperti :

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.
gambar dari MyHealth Portal
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan? 
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
  • Krim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
  • Elakkan mandi air panas/suam. Apabila mandikan anak, bersihkan kawasan yang dijangkiti dengan cara mengelap bahagian tersebut menggunakan minyak bayi, gliserin atau ubat salap
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis, bukan bulu. Apabila sejuk, pakaikan pakaian daripada kain kapas di bawah lapisan pakaian yang lebih hangat
  • Elakkan dari fabrik yang kasar
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda kerana bahagian ini mungkin menjadi tersangat kering, jangan letak bedak pada kawasan yang dijangkiti
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
  • Cuba halang anak daripada menggaru bahagian yang dijangkiti. Pakailah sarung tangan untuk menggaru pada waktu malam jika ini mungkin dapat membantunya. Pastikan kuku jarinya pendek.
  • Siasat punca alahan, jika alergi makanan terutama hasil tenusu dan gandum, bulu binatang, pakaian bulu dan serbuk pencuci.
  • Kerisauan juga boleh mencetuskan ekzema. Oleh itu siasat sama ada terdapat sesuatu yang merisaukan anak.
  • Apabila ekzema adalah teruk, asingkan daripada sesiapa yang mempunyai penyakit cacar air atau lepuhan.
  • Jika ekzema anak telah merebak atau sangat gatal, keluar cairan dari ekzema tersebut, segera bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
sumber: infosihat

2 Comment

  1. Anda memiliki masalah kulit? bingung harus konsultasi dengan dokter? Silahkan konsultasi di Website dokterkulitdhelya.com

    Anda ingin tampil lebih cantik tanpa masalah di kulit wajah? kunjungi dokter kulit dhelya widasmara di Malang. Informasi buka website dokterkulithelya.com

    Ingin baca artikel seputar kecantikan kulit? atau tanya jawab seputar kesehatan? Buka dokterkulitdhelya.com

    1. ida says: Reply

      assalam
      sya nak tanya berkenaan alergi@penyakit kulit
      boleh ke kite membuat ujian darah bagi mngetahui kite alergi terhadap mknn tertentu
      termksih.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.